Tiada sijil kematian Ahmad_Tarmimi_Maliki

Sehingga kini Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra tidak dapat mengeluarkan sijil kematian kerana berlaku di luar negara. [2]Hanya negara terbabit yang boleh mengeluarkan sijil kematian.

Malahan Menteri Dalam Negeri , Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran mereka yang berjuang di luar negara akan ditangkap setelah balik ke Malaysia.

Pihak keluarga Ahmad Tarmimi telah mengadakan majlis tahlil ringkas berikutan kematian itu.

Pada 31 Mei 2014, seorang bekas tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang ditangkap dalam operasi polis telah dibebaskan beberapa hari lepas mengesahkan Ahmad Tarmimi adalah salah seorang ahli kumpulannya yang pernah mengikuti latihan ala ketenteraan bersamanya serta sembilan yang lain di Port Dickson pada Disember 2013. Pemergian Ahmad Tarmimi ke Syria melalui Turki diketahuinya melalui Facebook.[3]

Pada 22 Ogos 2014, Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf menjelaskan bahawa kira-kira 12,000 rakyat asing dari 50 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS), telah menyertai kumpulan penentang kerajaan dan kumpulan militan di Syria sejak konflik di negara itu bermula pada 2011.[4] Kumpulan militan Negara Islam (IS) kini mempunyai ahli seramai 50,000 orang di Syria dengan 6,000 orang dilatih pada Juylai 2014.Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, Rami Abdel Rahman mendapat maklumat itu daripada aktivis, doktor dan peguam di Syria. Lebih 20,000 pejuang datang dari Chechnya, Eropah dan negara-negara Arab serta penduduk Islam dari China.[5]